Cuaca yang mendung dan suram dari awal subuh tadi rupanya membawa hujan yang turun di pagi ini. Ahh~ seronoknya!... 2 hari aku tak kemas blog ni coz penat dan letih dgn kerja yg bertimbun2 di pejabat dan ada yang kena siapkan di rumah. Semalam dengan penuh tekun dan rajinnya aku menyiapkan tugasan2 tu sampai jam 2 pg , so weekend ni bley spend lebih masa utk diri sendiri . Bangun sahur tadi pun liat semacam , alarm telefon pun dah berbunyi berkali2... nak tak nak , kena juga bangun. Sungkai / berbuka kelmarin aku tak byk mkn sangat , alas perut dengan kurma , jus epal dan mee goreng ( beli di bazaar kat Jalan Deasoka , KK ). Sahur pagi tadi aku makan bubur ayam + bawang goreng + telur masin ( kesukaan aM ni ). Bubur tu siapkan semalam , tinggal panaskan saja pagi ni. Kalau ramadhan sebelum ni semua Mama yang sediakan dan kejutkan aku. Hidup sendiri di KK ni aku kena berdikari.
Selepas sahur tadi , sementara menunggu Subuh , aku capai novel yang baru aku beli minggu lepas , Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang Murshid . Aku belum berniat utk membaca novel tu , sebab nak cari masa terluang untuk membacanya . enda siuk kalau tergantung ( hehehe... tak syok). Mungkin selepas selesai kemas2 blog ni dan melawat blog kawan2 aku akan mula membaca. Itu pun kalau Cik Mata Kanan dan Cik Mata Kiri tak mengantuk ...
Selesai Subuh aku buka mr PC dan sambung dgn Digi Broadband (setakat ni belum ada masalah... best!) . Bila dah connect , aku terus menjenguk blog aku yang hitam ini ( bukan diari hitam aka blackBook tau!). Ramainya pengunjung yang berkunjung dan tinggalkan mesej di chatbox dan tinggalkan komen di entry2 ku. Sesuatu yg di luar jangkaan aku. Rasa seronok untuk ber blog tambah berbunga-bunga. Terima kasih pada Encik B yg byk membantu dan bg tunjuk ajar... Arigato !
Apa rancangan aku hari ni selain drpd baca novel ? rasanya lepak rumah lagi elok , ngam2 lagi dengan hujan yg turun ni. seeejuk!. Bukannya apa , hujung2 minggu mcm ni , dekat2 lagi nak raya, KK mesti jam dan sesak dengan ramai org yang nak membeli belah. Aku plan utk ambil cuti awal dan shoPping raya pada hari waktu bekerja, so taklah sesak sangat...hehehe.
kalau hujan ni turun malam semalam , aku akan keluar dari rumah ni dan 'mandi hujan' kat belakang rumah macam yang selalu aku buat. Dalam kebasahan itu , aku akan dapat melupakan semua masalah dan bagi aku ketenangan. Kesejukan dek dingin angin malam dan hujan membuatkan aku rasa tenteram untuk memeluk diri sendiri ( takkan nak suruh org peluk! ) .
Tapi bila dah siang ni dengan rasa mengantuk yg ada , tak boleh rasanya buat mcm tu. tak pasal2 Puan Demam akan datang. Tak mau demam2 time puasa ni , lebih2 lagi dengan musim H1N1 ni , nanti kena kuarantin / tahan di hospital , tak balik kampunglah aku nanti. Oh tidak! aku rindukan kampung halaman untuk berjumpa dengan nenda , atuk , mak dan abah serta sanak saudara yang lain. (tu la , sapa suruh pasang lagu2 raya pagi2 ni... kan dah rindu dan sebak!)
waduh , macam panjang sungguh entri aku kali ni. macam tulis diari (^_^)
- untuk menghormati rasa mengantuk ni , sebelum terlentuk dan air liur basi mengalir, baik aku noktahkan catatan Diari aku pagi ni... nak lawat blog kawan2 lagi ni... biarlah ku tidur dalam perjalanan itu .. hehehe
Selamat berhujung minggu semua !
7 comments pada :“ ~ Pagi yang HujaN ~ ”
maish main ujan...last main ujan 19 tahun yang lalu..
ahh sayang~
rindu mahu main hujan juga~
kali terakhir aku berdoa biar hujan adalah semalam~
semoga hari 6 dan hari 7 ni kamu dapat berehat secukupnya. sekarang ni nda boleh kena ujan msti kepala pening.
cute o ni entry..hehe...
siok ba main hujan..jan saja sakit la....
D kk rupanya Am ni..hari ini sungguh cerah d tempat aku..boleh la berjemur seketika..hehehe...
selamat weekend Am...nanti sya temankan kalu mahu main hujan..haha....
ske ujan..
kalo yuki 10sion. mst g toilet. agaga kn de air ujan buatan manusia?
asyk lyn feel sejuk2..
kne bebel..kuar kelam kabut..
mak marah daaa...uhuhu
arini pon kt umh pinat ujan..
wuu,sedap tidooo~
AlVin- best tau main ujan ni :) hehehe
Zara - Kalau hujan hari ini..marilah kita main bersama..
ZaN- Hujan sekarang byk sangat kotorannya , bawa sekali asap2 kimia dan debu...
Wel - hehehe,kau masi kawan sia main ujan ? bulih bah kalau kau.. itu la tu , kalau sakit tu yg nda best... bersin2,selesema dan demam
yuki - hhahaha, samalah yuki , aM pun suka bermandikan shower lelama.. sambil menyanyikan lagu chenta..hehehe
Chipsmore - wajib tu.. supaya tiada yang mengganggu dan agar mimpi yang indah2 belaka..
Pinat - syok tido kan... untuk merehatkan dan memanjakan diri :)
Post a Comment